"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam." [Surah an Nisaa’: 140]

Isnin, November 24, 2008

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

Apa dah jadi dengan Sisters In Islam (SIS) yang begitu berani mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman yoga? Yang menjadi persoalannya, mengapa sebuah kumpulan yang menggunakan Islam dalam namanya begitu berani mempersoalkan hukum Islam?

Sejak dahulu lagi aku memang sangsi dengan fungsi SIS dalam memberi sumbangan kepada Islam di Malaysia. Mula-mula mendengar namanya tanpa mengetahui siapa kumpulan ini, aku sangkakan ia terdiri daripada golongan wanita yang mahu memperjuangkan hak-hak wanita Islam.

Bermula dengan program menentang poligami dan memperjuangkan monogami, aku mula sangsi. Kemudian bila timbul isu murtad, SIS menyuarakan sokongan terhadap Artikel 11 Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan beragama sehinggakan aku mendengar suara SIS seperti suara orang bukan Islam. Kemudian banyak lagi yang dilakukan SIS sehinggakan aku mula muak dan benci terhadap mereka.

Kini mereka mempertikaikan pula keputusan Majlis Fatwa. Atas alasan apa? Sedangkan PAS sendiri pun tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa yang diberi gaji oleh kerajaan BN, mengapa SIS begitu berani. Adakah SIS terdiri dari kalangan Melayu yang liberal terhadap Islam?

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa
Utusan Malaysia - 24 November 2008

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

P/S : Sisters In Islam patut diharamkan kerana memburukkan Islam...

Read more...

Babi Punya Hal, Melayu Yang Bergaduh...

Baru-baru ini sibuk dengan kisah Kerajaan Negeri Kedah mahu membuka ladang babi di Bukit Selambau. Ini mengundang pelbagai kritikan terutamanya daripada kaum Melayu yang tinggal berhampiran tapak cadangan ladang tersebut.

Benarkah asalnya cadangan tersebut adalah daripada kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh BN? Adakah tindakan kerajaan PAS Kedah meneruskan projek ini disebabkan prihatin kepada kaum lain?

Dalam pembentangan belanjawan DUN Kedah, Ustaz Azizan menyatakan cadangan ini berasal daripada kerajaan BN. Kerajaan PAS Kedah mengumumkan cadangan ladang tersebut tetapi bersedia untuk membatalkan jika mendapat banyak bantahan. Tentulah dibantah kerana tiada yang mahu tinggal berhampiran ladang babi kecuali tokey babi. Maka nampaknya cadangan ini akan dibatalkan sebagaimana cadangan kouta hakmilik rumah kepada bumiputera sebanyak 50% yang dibatalkan kerana dibantah oleh pemimpin PR negeri lain yang memang 'kaki sibuk hal rumahtangga orang lain'.

Jika benarlah ianya projek kerajaan BN sebelum ini, mengapakah kerajaan PAS mahu meneruskannya? Alasan prihatin kepada keperluan rakyat Cina (bukan Ustaz Azizan yang cakap tetapi penyokong PAS yang cakap) sukar untuk diterima kerana kerajaan PAS Kedah terdiri daripada Melayu Islam. Tidakkah merasa sebal untuk membincangkan hal ladang babi di negeri sendiri? Lagipun cadangan ladang babi mega di Sepang pun dikatakan mampu memenuhi keperluan seluruh rakyat Cina Malaysia dan cukup untuk dieksport ke China dan Taiwan, malah sudah ada pelabur pula. Ini bermakna ladang babi di Kedah tidak diperlukan.

Entah mengapa Khalid Ibrahim di Selangor dan Ustaz Azizan di Kedah yang berbangsa Melayu beragama Islam mengumumkan cadangan projek ladang babi bersepadu yang besar tetapi pada masa yang sama Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan teringin menjadi Khalifah Umar Abdul Aziz mengumumkan penutupan ladang babi Pulau Pinang.

Kita tahu bahawa penternak babi Pulau Pinang mendapat pampasan yang amat besar tetapi adakah ini rancangan serampang dua mata oleh DAP Pulau Pinang? Pulau Pinang dibersihkan dari pencemaran babi tetapi penternak babi Pulau Pinang menggunakan pampasan yang besar itu untuk memindahkan operasi ke Selangor atau Kedah, seterusnya mencemarkan kampung Melayu di sana dengan babi pula.

Cina diangkat sebagai khalifah yang membersihkan najis dari negerinya tetapi Melayu Islam mencemarkan negeri sendiri dengan najis haram.

Sekarang ni kerajaan Kedah batalkan rancangan asal di Bukit Selambau. Rancangan tetap akan diteruskan tetapi di lokasi lain. Sebelum ini cadangkan kouta hakmilik rumah untuk Bumiputera hinggakan bergaduh dengan rakan PR yang lain, tapi kemudiannya batal. Asyik cadang dan batal sahaja...

Cuba kita fikirkan sejenak dan bebaskan diri kita dari ideologi politik buat sementara. Yang pertama, haruskan kita buat sesuatu perkara dengan meletakkan kesalahan kepada pihak yang merancangnya sebelum ini? Mereka tidak buat tetapi kita yang mahu buat. Mengapa mereka yang salah? Yang keduanya, haruskah kita buat ladang babi di tapak berhampiran rumah orang Melayu? Cuba letak ladang itu hampir dengan rumah kita, apa kita rasa? Ketiga, jika mereka buat ladang babi dikatakan salah tetapi jika kita buat dikatakan betul?

Terlalu banyak perkara yang memberikan keuntungan kepada bangsa lain tetapi mengakibatkan bangsa Melayu bergaduh sesama sendiri. Buat ladang babi, tokey babi kaya dan DAP dapat dana. PAS dan UMNO pula yang bergaduh? Apa faedahnya? Kita sesama Islam dan Melayu, janganlah bergaduh akibat benda sebegini. Jika Cina dan DAP mahukan ladang babi, suruh mereka buat kertas kerja dan cari tapak yang jauh dari kampung Melayu dan tidak menjejaskan alam sekitar. Tetapi ianya tidak terjadi kerana kebanyakan Melayu telah menjadi tolol dan dungu. Melayu ditanamkan sifat hasad dengki dan sikap berjahat sesama bangsa dalam otak masing-masing.

Hentikanlah sikap memburukkan orang lain. Mulalah menegur dengan niat untuk kebaikan Islam dan Melayu seluruhnya. Kita cuma berbeza ideologi politik, bukannya berbeza agama dan bangsa. Hentikanlah beralasan kerana mencipta alasan ini adalah kerja orang munafik. Jika kita yang bersalah, janganlah cuba memindahkan kesalahan itu kepada orang lain.

Berbuatlah kebaikan sesama bangsa dan agama. Demi Allah, untuk agama bangsa dan negara...


P/S : PAS dengan UMNO bergaduh, tokey babi sibuk kira duit di belakang...

Read more...

Rabu, November 19, 2008

Ketuanan Melayu, Ketuanan Islam

Nik Aziz: Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Islam
Mstar Online - Selasa November 18, 2008

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya. BERNAMA


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz, kita sememangnya tahu bahawa dalam Islam tidak menekankan kelebihan untuk sesuatu bangsa sahaja. Islam adalah universal untuk semua umat Islam dan yang paling penting adalah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Ketuanan Melayu yang kita laungkan selama ini merujuk kepada salasilah kita sebagai pewaris asal Tanah Melayu ini sejak dulu lagi. Dengan cabaran dan tekanan bertubi-tubi daripada bangsa lain yang bukan beragama Islam, kaum Melayu berjuang untuk mempertahankan haknya. Maka timbullah laungan 'Ketuanan Melayu' demi membela nasib dan mempertahankan hak istimewa Melayu di tanahair ini.

Dalam konteks negara kita pada hari ini, Ketuanan Melayu dan kenyataan Tuan Guru yang tersebut adalah relevan. Kita memerlukan perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu serta pada masa yang sama melaksanakan dasar dan kehendak Islam dalam setiap perkara. Kita sendiri dapat lihat bagaimana hak istimewa Melayu dipersoalkan malah hukum Islam menjadi ejekan golongan bukan Islam kerana kononnya tiada kebebasan.

Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya ingin melihat seluruh Melayu dan semua yang beragama Islam di Malaysia ini untuk bersama-sama mempertahankan bangsa dan agama. Janganlah kerana disebabkan ideologi politik kepentingan diri, kita sanggup mengorbankan kepentingan bangsa kita sendiri dan tidak mempertahankan agama kita hanya semata-mata untuk berbaik dengan orang lain.

Jika orang lain tidak menghormati bangsa dan agama kita, mengapa kita perlu menjaga hati mereka? Adakah kita mahu menjadi seperti anjing yang sentiasa diherdik tetapi masih menjilat kaki tuannya dengan penuh kasih-sayang?

P/S : Ketuanan Melayu betul, Ketuanan Islam pun betul...

Read more...

Selasa, November 18, 2008

Bravo, Ustaz Azizan...


"Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."

"Kenapa Azmin (Azmin Ali,Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu menguris hati orang Islam dan Melayu,"

-Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah

PKR dan DAP tiada hak untuk mencampuri segala urusan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh parti yang bukan parti mereka walaupun sama-sama di bawah Pakatan Rakyat.

Kalau DAP yang persoalkan kouta 50% untuk kaum Melayu, aku mungkin boleh faham sebabnya. Tapi kalau Azmin Ali yang mempersoalkannya, aku memang tak boleh terima. Jika nak memperjuangkan kesamarataan untuk rakyat sekalipun, jangan gadai kepentingan Melayu. Islam adalah bersaudara. Tapi kalau saudara seagama pun nak gigit kita, kita patut karate tengkuk dia!

Read more...

Siapa Yang Tak Boleh Ditegur?

Sewaktu aku ke Kuala Lumpur untuk makan angin baru-baru ni, seorang sahabat lama yang lebih senior telah menghubungi aku. Kebetulan kami sama-sama berada di KL, maka kami pun bertemu. Macam-macam cerita lama yang keluar. Seronok juga sambil-sambil makan nasi kandar mamak. Seronok sebab senior aku tu yang belanja. Biasanya aku makan yang murah-murah je. Dapat yang mahal, memang tak tolaklah.

"Aku dengar kau ada buat blog. Betul ke?" tiba-tiba sahaja senior aku yang bernama Muaz ni bertanya. Aku terkejut juga.

"Tau dari mana?" aku bertanya.

"Zul yang bagitau," Muaz menjawab. Aku tersengih-sengih, tak tau nak cakap apa.

"Blog biasa je. Bukannya gah sangat. Saja-saja. Update pun jarang-jarang sebab sekarang tak ada internet kat rumah. Kabel telefon kat kampung tu kena curi," aku menerangkan.

"Blog pasal apa? Politik?" Muaz bertanya lagi.

"Politik tapi taklah macam blog orang lain. Orang lain banyak ulas perkembangan dan isu politik, tapi saya sikit-sikit je. Yang banyaknya menceritakan pendapat dan pemerhatian saya je," aku menjelaskan. Malulah juga. Kalau Muaz komen blog aku ni cikai atau low class, entah mana aku nak letak muka aku ni.

"Biasanya blogger ni akan nampak menyokong sesuatu pihak. Ada yang sokong UMNO, BN, PKR, PAS, DAP... Kau sokong apa?" Muaz bertanya lagi. Macam polis pulak. Ni yang aku tak sedap hati ni.

"Dah tentulah saya sokong PAS. Tapi saya tak bias. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Tapi kalau boleh saya nak tegur PAS dulu. Supaya kita boleh selari dengan kehendak agama dan perlembagaan parti. Itu je niat saya," suara aku makin slow. Bukan takut tapi sebab rasa macam kena soal-siasat. Muaz nak marah aku ke?

"Bagus! Macam tu la yang bagus," tiba-tiba sahaja Muaz tersenyum sambil menunjukkan tanda bagus kepada aku. Apahal pulak ni?

"Apa yang bagusnya?" aku bertanya.

"PAS kita ni memang patut ditegur. Kita dah jauh sangat dari landasan perjuangan kita. Terutamanya sejak masuk Pakatan Rakyat. PAS dah tak berapa nak jadi macam PAS," Muaz bercerita sambil menghirup teh tariknya.

"Kenapa? Ada cerita ke?" aku cuba mengorek cerita daripada Muaz.

"Memang ada cerita," Muaz menjawab, kuat. Beberapa pelanggan kedai mamak tu memerhatikan kami.

"Kau tau tak, pemimpin kita sekarang ni makin susah ditegur?" Muaz berkata sambil bertanya.

"Tak tau. Apa maksud 'makin susah' tu? Selama ni boleh ditegur atau memang tak boleh ditegur?" aku bertanya lagi. Nampaknya aku asyik bertanya je. Maklumlah nak dapat cerita.

"Masa kita mula-mula join PAS dulu, boleh ditegur. Sekarang makin tak boleh ditegur. Ingat diorang je yang betul. PAS pun dah mula perangai macam PKR," kata Muaz.

"Ye ke?"

"Ye la. Nak sangat pada kuasa. Hari tu sibuk nak jadi kerajaan, sekarang senyap sebab tak jadi kenyataan. Apa UMNO buat, semua nak disalahkan. Tapi kalau PKR atau DAP buat, kita senyap menikus je," Muaz bercerita dengan penuh semangat.

"Ooo, dah jadi tikus la sekarang ni? Bagi la racun tikus," aku ketawa. Muaz merenung aku.

"Kau ni tak serius langsung. Ni hal kita jugak ni," Muaz berkata.

"Saya tak bekerja dengan parti. Saya tak tau sangat cerita macam ni. Abang Muaz kat Johor, Abang Shah kat Perak, Abang Din di Kelantan, Abang Zul kat sini, entah berapa ramai lagi geng-geng kita di serata Malaysia ni," aku menjawab.

"Sebab bekerja dengan parti la yang buat kami tension sangat ni. Kau tau tak..."

"Tak tau," pantas aku menjawab walaupun Muaz belum habis bercakap lagi.

"Memang la kau tak tau. Aku belum habis cakap lagi. Ramai pemimpin kita yang dah bersikap macam pemimpin PKR. Bila bercakap pun melebihkan Anwar je. Cakap pasal Islam, pasal PAS berdegar-degar. Tapi bukannya ikut prinsip parti yang nakkan Islam. Bila kita tegur, dikatanya kita tak reti. Maklumlah, dia pemimpin. Kita ni kuli je. Mungkin diorang (pemimpin) rasa besar kepala sebab PAS ramai pengikut yang sanggup buat apa saja," Muaz bercerita.

"Sanggup buat apa saja, macam kita?" aku menyoal.

"Kita buat apa yang patut je. Kalau pasal nak kerahkan buat kerja, penyokong kat luar sana sanggup buat apa saja. Bukan macam PKR yang yang perasan diorang betul, bukan macam orang BN yang buat kerja bila ada duit. Penyokong kita diberi minum teh-o dengan biskut kering saja pun tak apa. Tetap buat kerja sampai habis," Muaz berkata. Teh-o dengan biskut kering? Macam kami di Kelantan je...

"Apa masalahnya?" aku bertanya, pura-pura tak faham.

"Masalahnya pemimpin kita dah jadi macam pemimpin PKR. Dah ikut Anwar pulak. Percaya sangat pada Anwar tu. Cakap Tok Guru pun dah tak berapa nak ikut. Kalau kita cakap benda tu tak betul, benda tu salah; pemimpin kita buat tak tau je. Ikut jugak si Anwar tu," kata Muaz.

"Biasalah tu. Walaupun kita benci Anwar, tapi Anwar dah diangkat jadi bigbos Pakatan Rakyat. Bukan kita yang angkat tapi pemimpin PAS dan DAP, dengan para penyokong yang lain. Anwarlebih berpengaruh berbanding sesiapa pun dalam Pakatan Rakyat. Dia bos, yang lain pencacai je," aku menjawab.

"Kan kita sepatutnya ikut prinsip perjuangan kita. Kita nakkan Islam. Ikut perlembagaan parti. Bukan ikut cakap orang lain. Anwar tu jadi pemimpin? Sekarang pun orang-orang dia buat benda yang mencabar agama kita. Entah apa nama India-India tu. Cina pun ramai. Barua Anwar semua tu," Muaz berkata.

"Ada juga orang-orang kita ikut cakap Tok Guru. Contohnya, boleh mengumpat, orang utan, ikut Anwar, macam-macam lagilah," aku buat lawak bodoh lagi.

"Tu cakap yang tak boleh dipakai. Benda yang salah, orang kita ikut. Benda betul, tak nak ikut pulak. Tok Guru pun satu hal. Bercakap macam agama Islam tu dalam tangan dia semata-mata. Bila kita tegur, buat tak tau. Orang-orang dia marah kita balik," Muaz menambah. Banyak sangat yang dia tak puas hati...

"Kau tulis dalam blog kau. Tulis biar pedas-pedas. Biar diorang sedar sikit. Nanti kami semua bagi cerita pada kau kalau ada apa-apa," Muaz menyuruh. Memang mereka boleh beri cerita pada aku sebab mereka kerja dengan parti.

"Tapi, takkan la semua pemimpin kita macam tu? Saya rasa cuma sebahagian je. Itupun mungkin yang pro-Anwar je," aku cuba menyanggah.

"Betul, bukan semuanya tak boleh ditegur. Tapi ramai sangat. Dulu ikut perlembagaan parti, ikut agama. Sekarang ikut kuasa dan pangkat pulak," Muaz menyatakan. Aku terdiam, tak cuba untuk menyambung kata-kata lagi. Makin dilayan, makin panjang perbualan ni. Aku nak balik cepat ni sebab nak beli hard disk baru untuk pc aku.

"Kalau kau nak banyak cerita, kau kerja dengan parti. Macam-macam kau boleh tahu. Macam-macam kau boleh cerita dalam blog kau. Kami semua boleh tolong dapatkan tempat untuk kau," Muaz mencadangkan.

"Tak nak la. Kalau dah kerja dengan parti, tentulah tanggungjawab saya untuk rahsiakan segala hal parti. Lagipun, saya tak nak jumpa dengan orang-orang yang tak boleh ditegur."

Kalau aku sanggup jumpa orang-orang yang tak boleh ditegur ni, dah tentu aku pun kerja dengan parti macam kawan-kawan aku yang taksub sangat dengan PAS sejak zaman belajar lagi.

Read more...

Tok Guru Nik Aziz Menegur...


NGO bukan Islam tidak layak pertikai Majlis Fatwa - Nik Aziz
Utusan Malaysia

KOTA BHARU 17 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak layak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan pengkid.

Tegas beliau, mereka yang secara terang-terangan menentang fatwa itu tidak berhak dan tidak layak untuk mempersoalkan tentang keputusan majlis itu yang berlandaskan ketetapan agama.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyalahkan umat Islam sendiri yang telah mengabaikan ajaran dan tuntutan agama sebagai punca utama menimbulkan keberanian golongan itu mencabar sensitiviti agama.

''NGO bukan Islam itu tidak akan bersikap seperti 'kaduk naik junjung' sekiranya kerajaan dan umat Islam sendiri berpegang dengan ajaran bersandarkan kepada al-Quran dan hadis.

''Macam mana dia (NGO) nak takut dan patuh kepada fatwa itu jika umat Islam sendiri tidak menerima al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup.

''Bagaimanapun, saya tetap berpendapat, NGO itu tidak layak dan berhak mencampuri kepentingan umat Islam,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales di pasar raya besar Tesco di sini hari ini.

* * * * * * * * * *

Jangan lawan Allah pertikai fatwa haram "pengkid"
Mstar Online - Isnin November 17, 2008

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA


P/S : Sekali Tok Guru tegur, dua-dua kena. Kanan kena, kiri pun kena. Kalau nak harapkan Anwar Ibrahim, takkan ditegurnya sebab itukan kebebasan yang dia perjuangkan. Kita sebagai umat Islam perlu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan kita. Yang bukan Islam, jangan persoalkan agama Islam!

Read more...

Sabtu, November 15, 2008

Penternak Babi Makin Samseng!

Kepala Babi Digantung Di Pintu Pagar...

"Kafir makin kurang ajar!"

Spontan kata-kata tu terkeluar dari mulut aku bila menonton berita Buletin Utama TV3 malam tadi. Aku jadi hilang sabar melihat tindakan pihak tertentu yang sengaja mencabar kesabaran orang Melayu. Sebelum ini kes buang kepala babi dan perut babi di Pantai Peranginan Pengkalan Balak, sekarang mereka sangkut pula kepala babi di pintu pagar Setiausaha Pemantau Penternakan Babi...

Adakah puak-puak kafir nak tunjuk samseng kerana rasa dah semakin kuat di Malaysia ni? Ahli Parlimen mereka dah semakin ramai yang sanggup membela mereka. Selama ini mereka dah beri duit yang banyak kepada parti kafir tu.

Tindakan ini akan mengundang perbalahan kaum terutama bila melihat orang kampung tersebut benar-benar rasa marah dan tercabar. Aku jangkakan akan ada tindakan daripada orang kampung tersebut terhadap penternak babi berhampiran. Dan kemudiannya pula mungkin penternak babi akan menghantar samseng untuk merusuh di kampung tersebut.

Situasi Malaysia sekarang sudah hampir terheret ke arah perbalahan kaum yang sengaja ditumbulkan oleh pihak tertentu yang mengambil contoh daripada tindakan generasi tua mereka sewaktu peristiwa 13 Mei. Mereka kini makin kuat membuat provokasi terhadap orang Melayu dengan mencabar kesabaran, kedaulatan, hak istimewa, malah agama Islam turut dipersoalkan.

Babi merupakan salah satu perkara haram yang berupa penghinaan kepada orang Islam jika diprovokasikan dengan cara sebegini. Mustahil orang Islam boleh bersabar dengan penghinaan begini.

Adakah puak kafir tu terlalu banyak makan babi sehingga perangai menjadi beratus kali ganda teruk berbanding babi? Jangan kerana kepentingan diri pihak tertentu menyebabkan semua orang yang tak berkaitan turut terlibat sama.

Haramkan saja penternakan babi di Malaysia ni!!!

Bukan kepala babi ni yang digantung. Aku tak tergamak nak letak gambar betul...

Read more...

ISA Perlu Dihapuskan?

Ramai yang nak akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan. Perlukah kerajaan buat begitu? Dan mengapa kita beria-ia sangat nak ISA dihapuskan?

Dari apa yang aku faham, adanya golongan yang mahu ISA dihapuskan terutamanya daripada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat adalah disebabkan kepentingan peribadi dan puak-puak berkaitan. Jauh sekali untuk mereka memikirkan kepentingan negara yang tercinta ini.

Ini kerana mereka beranggapan bahawa ISA telah menyekat kebebasan mereka untuk bersuara. Kebebasan bersuara? Suara macam mana? Adakah tindakan kita selama ini yang mehukan 'kebebasan bersuara' itu adalah tindakan yang betul?

Pertama, kita kononnya mahu memperjuangkan sesuatu dengan mengadakan perhimpunan atau perarakan. Apabila pihak polis menghalang keinginan mereka dengan tidak memberikan permit, mereka mula mengganas dan merusuh kepada pihak polis. Kemudian mulalah mereka mencipta alasan 'cliche' kononnya polis yang memulakan tindakan ganas. Penipu! Merekalah yang bertindak ganas. Jika anda sendiri menjadi pihak berkuasa, adakah anda hanya mendiamkan diri dengan tindakan perusuh ini? Sudah tentu tidak!

Kedua, atas nama kebebasan bersuara jugalah munculnya akhbar-akhbar cetak, blog dan berita online di dalam internet yang hampir kebanyakannya dikarang sesedap rasa tanpa bukti dan dicampur fitnah untuk menghentam pihak-pihak tertentu yang tidak sealiran dengan mereka. Jika kita siasat dengan sebenar-benarnya pasti kita akan dapati bahawa kebanyakan berita yang menghentam pihak lawan sebenarnya adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata. Sedangkan berita fitnah ini sebenarnya mengundang kegusaran dan perpecahan kepada negara dan bangsa.

Ketiga, atas alasan kebebasan maka muncullah puak-puak yang memperjuangkan sesuatu tanpa mahu memahami pucuk pangkalnya sesuatu perkara. Kebiasaannya puak-puak bangsat ini dianggotai oleh kafir-harbi dan orang-orang Islam yang jahil. Puak-puak bangsat ini suka membuat tunjuk perasaan, sidang akhbar dan komen-komen jahil tentang sesuatu perkara. Jika dulu pernah melibatkan hal poligami sehingga ada juga golongan wanita Muslim yang terlibat, yang melibatkan sidang akhbar sehingga muncul slogan Monogami. Kemudian sewaktu Kerajaan Kelantan menguatkuasakan peraturan menutup aurat dan etika berpakaian di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu, banyak juga suara sumbang yang mempertikaikan tindakan itu. Kini, fatwa pengharaman pengkid pula yang jadi mangsa dengan sebahagian besar penunjuk perasaan itu adalah kafir-harbi yang bangang tahap dewa...

Atas sebab itulah ISA masih relevan untuk dikenakan terhadap mereka yang menggugat keamanan negara, kaum dan agama. Tapi itu bukanlah bermakna tindakan ISA itu adalah satu-satunya tindakan yang patut diambil. Tindakan di bawah Akta Hasutan juga adalah salah satu tindakan yang sesuai kerana bukan semua tindakan jahat pihak-pihak yang ingin kebebasan itu sesuai dengan ISA.

Adakah ISA akan dihapuskan jika Pakatan Rakyat yang memerintah Malaysia? Tidak mungkin. PR tidak akan menghapuskan ISA kerana mereka juga memerlukan akta ini untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang menentang mereka.

Katakanlah PR dapat memerintah negara. Pasti ada tunjuk perasaan terhadap PR. Adakah PR akan menonton tunjuk perasaan tersebut sambil tersenyum riang kerana dapat menggalakkan kebebasan bersuara atau adakah PR akan buat-buat tak tahu? Sudah tentulah PR akan bertindak menangkap mereka...

Buat masa ini PR sibuk memperjuangkan untuk menghapuskan ISA kerana mereka tidak bebas untuk membuat tunjuk perasaan, perhimpunan, memfitnah dan sebagainya yang menggugat keamanan negara. Sekarang ini pun semua yang ditangkap kerana ISA adalah orang yang menimbulkan berita palsu, menggugat keamanan negara, serta mengancam kedaulatan bangsa dan agama.

Perlukah kita memperjuangkan nasib orang ini yang kononnya ditindas oleh kerajaan pemerintah? Apakah perjuangan untuk rakyat dan negara bermakna kita perlu menghancurkan keharmonian negara? Apakah kebebasan yang kita inginkan perlu dilakukan sehingga menggugat sensitiviti agama dan bangsa lain?

Sebenarnya ramai di kalangan penyokong PR yang sakit hati dengan tindakan pemimpin dan penyokong PR yang lain yang selalu mengganggu kestabilan negara dari segi keharmonian, keamanan, agama dan bangsa. Adakah tindakan berdemonstrasi itu memberi kebaikan kepada rakyat? Orang ramai takut nak keluar. Peniaga terpaksa tutup kedai dan menanggung kerugian. Kerosakan berlaku. Sistem ekonomi terganggu. Pelabur tidak mahu masuk kerana tidak mahu menanggung risiko. Ekonomi jatuh. Nilai RM merudum. Adakah ini perjuangan dan kebebasan yang dilaungkan selama ini?

Bagi saya sendiri dan ramai rakan-rakan (yang memang aktif giler) di dalam PAS, kami sebenarnya menyokong ISA dikenakan terhadap individu yang bersalah menggugat keharmonian negara, agama dan bangsa. Cuma tindakan kerajaan mungkin perlu diperbetulkan sama ada menggunakan ISA atau akta hasutan untuk bertindak ke atas penjenayah tersebut, dan janganlah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk bertindak sesuka-hati terhadap penentang mereka.

Jika kita sibuk memperjuangkan tahanan ISA dengan alasan isteri dan anak-anak mereka teraniaya, cubalah fikirkan dengan semasak-masaknya. Siapa yang aniaya mereka jika bukan tahanan itu sendiri yang buat sesuatu tanpa mahu berfikir? Tapi sebenarnya kita semua sibuk-sibuk nak membantu isteri dan anak-anak mereka atas dasar kepentingan politik sahaja. Jika kena tahan sekejap sahaja, mungkin tak terasa sangat. Sebulan-dua ditahan, bila keluar menjadi wira politik. Tapi jika kena tahan bertahun-tahun, barulah nampak kebenarannya. Jika tidak, takkanlah ramai yang pernah ditahan ISA terus meninggalkan 'kawan-kawan lama' mereka?

Pada masa ini, terlalu ramai yang perlu ditahan di bawah ISA atau akta hasutan. Ini berlaku disebabkan alasan kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pihak tertentu. Jika anda mahu bebas, pastikanlah orang lain tidak terbeban dengan tindakan anda. Tapi selalunya bila ada yang memperjuangkan kebebasan, ramai jugalah yang akan terbeban atas perjuangan kebebasan itu.

Jika anda betul-betul mahu kebebasan bertindak, bersuara atau hidup bebas tanpa kongkongan, lebih baik keluar dari negara ini ke sebuah tempat yang dirasakan tidak mengongkong. Apa kata semuanya pergi berambus ke Amerika yang selalu diambil contoh kebebasannya itu? Tapi rasanya kalau anda buat fitnah atau tunjuk perasaan sekalipun, ke dalam penjara jugalah hasilnya...

Read more...

Kafir Menentang Fatwa Pengharaman Pengkid


Inilah jadinya jika orang bodoh nak tunjuk pandai. Apa masalahnya dengan fatwa sehingga golongan kafir ni sibuk nak memperjuangkan nasib kaum wanita? Fatwa ni untuk orang Islam sahaja. Orang agama lain teruskanlah dengan agama kamu.

Kalau nak perjuangkan apa-apa, buatlah apa pun. Tapi jangan ganggu agama Islam. Kalau sampai kata "stupid fatwa", memang nak cari nahas ni.

Mereka ini perlu dikenakan tahanan ISA kerana mengganggu sensitiviti umat Islam. Mereka menghina agama Islam atas nama kebebasan. Adakah Islam mengganggu kebebasan? Adakah dunia sebegini yang kita mahukan?

Harap-harap ada yang dapat 'fahamkan' puak-puak tak reti bahasa ni. Ajar sikit, apa itu fatwa. Kalau diorang buattak reti jugak, sumbatkan dalam lokap je...

Kepada semua yang beragama Islam, politik bukanlah mendiamkan diri dengan apa yang orang-orang kita buat jika ia melanggar hak agama Islam dan bangsa Melayu. Kita mesti pertahankan agama dan bangsa kita dari tekanan puak-puak kafir-harbi yang semakin tak reti bahasa ini. Bersatulah demi agama dan bangsa!!!

Read more...

Ahad, November 09, 2008

Obama Lagi...

Mstar Online - Sabtu November 8, 2008

Gesa senjata nuklear dihalang, Obama hadapi kecaman sulung Iran

CHICAGO: Barack Obama yang mencatatkan kemenangan bersejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa lalu, semalam berkata bahawa usaha antarabangsa adalah perlu bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

Bagaimana beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam pendirian Obama.

"Ini menggambarkan kesinambungan dasar yang salah, yang sama seperti pada masa lalu," kata Ali ketika mengulas kenyataan Obama itu, di Teheran hari ini.

"Jika Amerika Syarikat mahu mengubah pendiriannya yang berkaitan dengan rantau ini ia harus menghantar isyarat-isyarat baik,' katanya.

Bercakap pada sidang akhbar 20 minit di sebuah hotel di sini semalam, Obama berkata:

"Pembangunan senjata nuklear Iran, saya percaya sesuatu yang tidak boleh diterima."

"Iran menyokong pertubuhan pengganas, yang saya merasakan sesuatu yang perlu dihentikan," katanya.

Obama muncul Presiden AS yang ke-44 dengan menewaskan John McCain pada pemilihan Selasa lalu.

Kemenangan itu diharap oleh masyarakat dunia dan dipercayai akan membawa perubahan dalam dasar luar AS.

Obama memberitahu, beliau akan meneliti surat ucapan tahniah yang dihantar oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan akan menjawab sewajarnya.

Dalam suratnya kepada Obama, Mahmoud selain mengucapkan tahniah beliau juga menggesa Presiden yang baru itu supaya mengamalkan perubahan "fundamental dan adil" dalam dasar luar AS di rantau tersebut.

"Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan menawan undi majoriti... saya berharap anda akan mengutamakan kepentingan awam yang sebenar dan keadilan untuk mengakhiri permintaan tidak habis-habis sebuah minoriti yang hanya mementingkan diri sendiri," kata beliau dipetik IRNA.

****************

Kepada semua yang mengaku sebagai Obama Mania tu, tak payah la mengharapkan si Obama ni nak buat baik kepada negara Islam. Amerika akan tetap menjadi Amerika. Amerika fobia kepada kebangkitan Islam. Amerika cuma akan buat apa-apa yang menguntungkan dia sahaja...

Read more...

Sabtu, November 08, 2008

Obama : Amerika Tetap Musuhi Islam


Cita-cita Iran bina senjata nuklear tidak dapat diterima - Obama
Utusan Malaysia 08/11/2008 3:33pm

CHICAGO 8 Nov. – Barack Obama menegaskan bahawa cita-cita Iran untuk membina senjata nuklear “tidak dapat diterima” dan beliau akan “memberi maklum balas sepatutnya” kepada surat ucapan tahniah daripada Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Obama dalam sidang akhbar pertamanya semalam selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu, turut menekankan perlunya Republik Islam itu menghentikan sokongan terhadap “pertubuhan pengganas.”

Presiden baru AS daripada Parti Demokrat itu turut mengesahkan yang beliau telah menerima sepucuk surat ucapan tahniah daripada Mahmoud atas kemenangannya pada pilihan raya Presiden AS pada Selasa lalu. - AFP

Apa pandangan anda bila membaca berita di atas? Aku terkejut juga bila membaca berita ni tapi begitulah 'orang Amerika'. Amerika tetap Amerika yang bencikan orang Islam dan anggap orang Islam sebagai pengganas. Orang beginikah yang anda harapkan?

Kadangkala aku rasakan si Obama ni kurang akal dan bodoh bila menyatakan 'cita-cita Iran bina senjata nuklear tidak dapat diterima'. Bila masa pula Iran nak bina senjata nuklear. Yang kita tahu sebelum ini dan dimaklumi oleh semua negara di dunia ialah Iran mahu membangunkan loji nuklear untuk tujuan tenaga. Tiba-tiba si Obama ni kata Iran nak buat senjata Nuklear pulak...

Ada orang-orang kita yang seronok sangat bila Obama menang dan akan jadi Presiden USA. Ramai orang Islam yang menyebutnya sebagai Barrack Hussein Obama. Hussein apa jika Obama sendiri menafikan dia orang Islam? Lagipun semua Presiden USA mengikut kehendak ahli kongres mereka yang sebenarnya lebih berkuasa. Maka tidak hairanlah jika peperangan 'menentang keganasan' tidak akan berakhir dalam pemerintahan Obama.

Fikirkanlah...

Read more...

Khamis, November 06, 2008

Henti Guris Melayu!!!

BERSATU... Seramai 2,000 orang Melayu membaca ikrar taat setia semasa Majlis Penyerahan Memorandum oleh Gabungan Melayu Perak kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Oleh Abdul Razak Din
Utusan Malaysia - 6 November 2008


KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.

‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.

‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan.

‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.

* * * * * * * * * * * * * * *

Harap-harap biarlah semua orang faham akan kehendak Raja-Raja Melayu dan berhentilah mencabar kedaulatan Raja-Raja dan hak keistimewaan Melayu. Seharusnya semua orang Melayu tanpa mengira ideologi politik untuk bersatu dan memperjuangkan bangsa, bukannya memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

Kepada orang Melayu yang tak suka kepada Ketuanan Melayu, lebih baiklah anda jangan jadi Melayu. Lebih baik anda jadi keling yang tak sedar diuntung. Tapi nak buat macam mana, anda dah pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Maka, SEDAR DIRI LA!!!

Read more...

Budak Sekolah Merajuk...

Disebabkan tidak berpuashati dengan pembentangan belanjawan kelas, sekumpulan murid yang memang terkenal nakalnya telah membuat kacau-ganggu di dalam kelas semata-mata untuk mengutarakan soalan yang bukan-bukan kepada penolong ketua darjah.

Akibat sikap yang keterlaluan itu, cikgu kelas telah bertindak menghukum salah seorang murid nakal dengan mengarahkannya untuk keluar kelas. Akibat tidak berpuas-hati rakan mereka dihukum keluar kelas, maka geng-geng mereka pun mula merajuk dan keluar kelas beramai-ramai. Cikgu kelas pun buat tak tahu je dan biarkan budak-budak nakal tu keluar kelas.

Kemudian, dapatlah penolong ketua darjah meneruskan pembentangan tanpa gangguan. Sekian, terima kasih.

Read more...

Selasa, November 04, 2008

Tak Rugi Kenang Budi Kerajaan...

Sewaktu aku dilahirkan, ayah aku dah 6 tahun jadi tentera. Dengan kerja ayah aku itulah dia mampu mengubah hidup diri dan keluarganya kerana sebelum ini ayah aku tinggal di kampung yang jauh dari kemajuan dan hanya menjaga lembu akibat dikerah ibu saudara yang menjaganya.

Ayah aku lari dari rumah semata-mata nak pergi temuduga tentera. Naik basikal dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Krai (masa tu kalau ada basikal pun dah kira bagus). Terpaksa tidur semalaman di stesen keretapi Kuala Krai. Nasib baiklah dengan sekali temuduga dan pemilihan, ayah aku diterima jadi tentera.

Masa mula-mula kerja, ayah aku tak bergaji besar macam tentera zaman sekarang ni. Katanya RM86.00 sebulan. Kalau RM86.00 untuk sebulan gaji zaman sekarang, boleh mati kering dibuatnya.

Ayah aku bernasib baik walaupun tak berpangkat besar kerana diletakkan di bawah Kor Ubatan dan Gigian (KUG) sebagai Pembantu Perubatan. Kiranya orang hormat jugalah sebab orang penting dalam pusat perubatan tentera.

Ayah aku selalu mengundi Barisan Nasional (BN) semasa bekerja tentera tapi sekarang dia undi PAS bila dah bersara. Ayah aku cakap, "Kita kerja dengan kerajaan, patuhlah pada kerajaan kerana dia boss kita. Jangan lawan tuan sebab anjing pun tak gigit tuannya sendiri."

Aku pun sejak kecil belajar di Tadika Kemas yang dibuat oleh kerajaan. Makan free dari duit peruntukan kerajaan. Kemudian naik sekolah kebangsaan yang dibina oleh kerajaan, dapat buku teks bantuan kerajaan, dan macam-macam lagi. Lepas tu masuk sekolah menengah, pun dibina oleh kerajaan. Tamat STPM, masuk universiti awam. Kerajaan yang bina, bukannya swasta. Sebab tu yurannya tak sampai berbelas-belas ribu macam UNITEN atau UMM. Dapatpinjaman PTPTN yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran.

Banyak juga aku makan jasa kerajaan Malaysia yang dipimpin BN ni. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apa yang perlu aku lakukan untuk balas jasa kerajaan. Apa sumbangan yang aku perlu lakukan?

Apa yang aku lakukan adalah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan aku peluang merasai kemakmuran negara ini. Selain tu aku berjanji akan pertahankan kedaulatan agama (Islam), bangsa (Melayu) dan tanahairku Malaysia.

Aku sokong PAS, aku undi PAS. Apa salahnya sebab sekarang aku kerja swasta. Tapi aku tak gigit kerajaan sesuka hati. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Kalau BN buat betul, aku sokong. Kalau PAS buat salah, aku bantah.

Ada orang yang bertanya, "Bagaimana kalau kita kerja kerajaan tapi tak undi kerajaan?"

Susah nak jawab tu. Tapi rasanya tak salah. Cuma janganlah lawan kerajaan tanpa sebab jelas. Kata kerajaan rasuah, tapi tak ada bukti. Tapi kenapa kata kerajaan rasuah? Rupa-rupanya pemimpin parti yang dia sokong tu yang cakap kononnya kerajaan rasuah manakala pengikut yang baghal ni ikut tanpa banyak soal.

Kalau kita kata kerajaan amal rasuah, duit haram, hasil haram atau buat benda haram, janganlah kerja kerajaan sebab kerajaan bayar korang dengan duit yang korang kata haram tu. Apa? Kerajaan yang dosa tapi korang tak dosa? Memang la, duit punya pasal sampai korang sanggup makan walaupun duit haram. Orang lain buat, haram. Korang buat, tak haram. Mazhab mana korang pakai ni?

Politik memang boleh. Pilihlah mana-mana parti yang korang berkenan. Nak join Hindraf pun boleh (Opss, Hindraf dah diharamkan. Nanti korang kena jel pulak). Tegakkan ideologi sahaja cukuplah. PAS nak buat pemerintahan Islam jika dapat perintah. DAP nak buat Malaysian Malaysia. PKR nak buat apa entah, aku pun tak tau sebab perangai macam lalang yang ikut arah angin bertiup. Hindraf nak duit British sebab lempar nenek moyang dia ke Tanah Melayu (nenek moyang yang terseksa tapi cucu-cicit yang nak duit. Bodoh!). BN nak perpaduan.

Bila dikatakan tegakkan ideologi, tak perlulah korang kutuk orang punya ideologi semata-mata sebab dia tu lawan korang. Tapi dengan parti lain yang tak suka ideologi korang, boleh pula korang sekepala hanya disebabkan tamakkan kuasa. Jangan jatuhkan orang lain dengan fitnah atau provokasi. Korang kena jawab dengan Allah, bukannya jawab pada pemimpin korang yang gila kuasa tu.

Kalau korang nak lawan kerajaan dengan cara yang tak elok iaitu dengan maki-hamun, sumpah-seranah, fitnah atau mengumpat tanpa bukti atau sebab kukuh, lebih baik korang jangan guna apa yang kerajaan buat. Jangan terima apa yang kerajaan beri. Tapi bila kerajaan hulur duit, korang tetap ambil walaupun korang kata duit tu hasil haram. Munafik sungguh...

Untuk yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam, korang belajarlah baik-baik. Beri sumbangan kepada negara. Kalau masa tengah belajar IPTA pun korang nak maki-maki kerajaan, lebih baik korang berhenti. Pergi belajar di IPTS yang bukan kerajaan punya dan jangan ambik pinjaman PTPTN yang kerajaan punya juga. Korang masuk IPTA untuk dibentuk jadi manusia, bukannya untuk jadi anjing yang gigit tuan.

Dulu aku pernah jumpa seorang Cina yang racun anjingnya. Aku tanya dia, tak kesian ke buat macam tu? Cina tu jawab, "Ini anjing manyak gila. Kalau dia gigit olang lain atau gigit olang jahat ka, gua tatak kisah punya. Tapi ini anjing, gua yang silalu bagi makan pun dia gigit loo. Sama itu olang jahat dia tatak gigit. Anjing gila memang patut kasi mampus loo. Kasi racun sama dia."

Read more...

Orang Kita, Orang Asing...

Orang kita orang Malaysia
berjuta rupa, ragam dan karenah,
baik kita buruk pun kita
Malaysia memang berjuta kisah...

Bila minyak naik harga
ramai marah maki kerajaan
kenapa tak maki dunia
yang sebabkan kenaikan harga,
semua nak minyak murah
sampai nak jatuhkan kerajaan,
bila harga minyak diturunkan
tak reti berterima kasih
bersyukur pun langsung tidak,
orang asing juga yang untung
masuk sini tangki kosong
balik sana tangki penuh
tangki ubahsuai lagilah penuh,
kerajaan tanggung rugi besar
orang asing ambil subsidi rakyat,
tapi orang kita tak peduli
asalkan duit sendiri tak habis banyak.

Bila tarif elektrik naik harga
semua marah maki kerajaan
tak pula ditanya pada TNB
mengapa tarif naik harga?
semua nak tarif murah
sampai nak jatuhkan kerajaan,
bila kerajaan beri percuma
untuk bil kurang RM20
tak reti berterima kasih
bersyukur pun langsung tidak,
orang asing juga yang untung
boleh pakai elektrik lebih sikit
asalkan kurang dari RM20
berjuta orang asing dapat elektrik free,
kerajaan tanggung rugi besar
orang asing ambil subsidi rakyat,
tapi orang kita tak peduli
asalkan duit sendiri tak habis banyak.

Bila rokok naik harga
semua marah maki kerajaan
tak pula ingat pasal kesihatan
fatwa haram pun buat tak reti saja,
semua nak rokok murah
nasib baik tak jatuhkan kerajaan,
semua cari rokok seludup
orang asing yang jual
sekali beli berkotak-kotak
orang asing untung besar,
kerajaan tanggung rugi besar
kena keluar subsidi lagi
supaya bil perubatan rendah
untuk rakyat yang sakit
dalam hospital!

Read more...

Tawaran Hebat Untuk Anda

Read more...

Isnin, November 03, 2008

Zaid Ibrahim : Seorang Melayu Yang Gagal!

Apa nak jadi dengan si Zaid Ibrahim ni. Dulu tak setuju dengan ISA. Apa, dia ingat PR akan mansuhkan ISA kalau PR ambil alih kerajaan? PR takkan mansuhkan ISA sebab nanti PR pun nak gunakan ISA kepada sesiapa yang menentangnya.

Sekarang Zaid kata Ketuanan Melayu adalah konsep yang gagal. Adakah si Zaid ni bangsa Melayu atau pendatang Siam?


Utusan Malaysia - 1 November 2008

Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 2 November 2008
Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 1 Nov. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membidas kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim bahawa konsep ketuanan Melayu bukan sahaja gagal malah membawa keburukan kepada bangsa itu di negara ini.

Beliau menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak faham dengan konsep berkenaan selain melihat daripada sudut yang sempit dan retorik semata-mata.

Menurutnya, konsep ketuanan Melayu tidak harus disalahtafsirkan sebagai satu slogan semata-mata sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf serta maruah orang Melayu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak keistimewaan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu wujud bersama-sama program pelaksanaan sebagai salah satu usaha untuk meletakkan kedudukan orang Melayu menjadi satu bangsa yang berdaya maju, positif serta mempunyai kualiti bukannya slogan atau laungan semata-mata.

"Saya fikir, tak payah kita buat laungan ketuanan Melayu sekiranya anak Melayu tidak ada kekuatan dalam ilmu, ekonomi dan tidak mampu menguasai bidang apa sekalipun kerana ia akan menjadikan ketuanan Melayu itu dilihat sebagai retorik.

"Yang penting, bagaimana anggota masyarakat memainkan peranan termasuk mendidik generasi mereka sebaik-baiknya mengikut Perkara 153 Peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Selangor di sini hari ini.

Muhammad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid semalam yang mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah, beliau menyifatkan konsep itu juga telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara ini.

Selain itu, Zaid yang pernah dikritik kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini turut mengatakan konsep ketuanan Melayu juga menyebabkan kaum itu hilang pertimbangan berkaitan dengan kesamarataan hak dan keadilan di negara ini.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 2 November 2008
NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Zaid seharusnya merasa malu dengan kenyataannya itu apatah lagi menyifatkan ketuanan Melayu hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

''Selama ini dia menggunakan nama Melayu untuk berada pada kedudukannya sebagai seorang peguam terkenal tetapi sekarang dia mahu bangsanya hancur pula.

''Dia seolah-olah tidak malu dengan kenyataan yang sepatutnya tidak dikeluarkan malah seharusnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan bangsa Melayu. Dia mesti minta maaf kepada bangsanya,'' kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Zaid ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 semalam turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu baru-baru ini.

Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam berkata, Zaid perlu menarik balik kenyataannya itu dan kembali berpijak di bumi nyata.

''Beliau perlu sedar bahawa kesenangan yang dinikmatinya hari ini adalah hasil kelebihan sistem ketuanan Melayu yang selama ini banyak membantu orang kita,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dan sudah tersasar jauh daripada maksud ketuanan Melayu yang sebenar.

''Orang Melayu berhak untuk menyuruh Zaid diam kerana hak yang ada seharusnya tidak dipertikaikan mana-mana pihak sekalipun.

''Orang Melayu sebagai komuniti terawal dan teramai di negara seharusnya diberi perhatian serta tidak boleh dinafikan hak mereka,'' katanya.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 3 November 2008
Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan

KANGAR 2 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu, sebagai keterlaluan.

"Zaid perlu bertaubat. Jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu, Zaid seharusnya membela Melayu, bukan memburukkan Melayu.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan yang ditemui pada penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini hari ini.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu, malah, beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

* * * * * * * * * *

Utusan Malaysia - 4 November 2008
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid

PUTRAJAYA 3 Nov. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai ketuanan Melayu yang keterlaluan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, permohonan maaf itu adalah perlu kerana Zaid telah membangkitkan isu yang membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak.

''Yang eloknya kepada bangsanya, dia mintalah maaf dan nyatakan bahawa beliau tidak bermaksud begitu.

''Katakan bahawa itu bukan tujuan beliau untuk melukai atau menyentuh perasaan orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, walaupun Zaid mempunyai kebebasan untuk bersuara, namun kenyataan yang dikeluarkan itu tidak harus melukai orang Melayu.

''Apabila kita mula bercakap mengenai perkara-perkara belakang, kita akan bangkitkan isu-isu yang membawa banyak masalah.

''Kalau anda cakap tentang konsep ketuanan Melayu merugikan orang Melayu, Zaid sebelum ini pun beruntung kerana jadi Melayu," katanya.

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba, ada pula penyokong si Zaid ni...

Read more...

Cerita Dobi PLKN

Opis tempat aku kerja ni buat 2 bisnes. Selain projek perumahan yang aku jaga sekarang ni, ada juga buat insurans am. Kalau dengan kerja aku di projek perumahan memang tak banyak cerita menarik. Yang paling banyak adalah cerita yang kami tak nak dengar iaitu kenaikan harga bahan binaan, ada buruh tak datang kerja, kontraktor lambat buat kerja, dan macam-macam lagi. Tapi bila bersabit dengan insurans, banyak juga aku dapat cerita menarik bila selalu bertemu kontraktor yang datang buat insurans kontrak mereka.

Kontraktor yang dapat kerja sebelum kontrak dibincangkan dalam mesyuarat pun ada. Surat tawaran dan inden pun langsung belum dibuat tapi kerja dah siap dan nak tunggu untuk claim. Maklumlah baik dengan YDP majlis daerah atau Pegawai Daerah. Ada juga orang Melayu pajak lesen kontraktor kepada orang Cina. Tapi cerita yang aku rasa paling best adalah semasa aku membantu staf kedai insurans bos aku tu buat insurans kontrak untuk seorang kontraktor yang datang dengan kereta Mercedes.

"Engkau makin hebat sekarang. Pakai Mercedes pulak. Dapat projek bagus ke?" kawan kontraktor kereta Mercedes tu bertanya. Kontraktor tu ketawa macam Aziz Satar dalam watak Ali Baba nak praktis jadi orang kaya. Aku yang tengah sibuk menunjuk ajar staf kedai tu buka nota lindung hanya sekadar pasang telinga.

"Tentu la. Aku dapat kontrak dobi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara). Memang boleh buat duit," si kontraktor mula buka cerita.

"Macam mana pulak?" kawannya semakin berminat nak tau.

"Kawan aku tu pegawai yang jaga tender kontrak PLKN. Dia yang suruh aku masuk tender. Lepas tu dia adjust la semua. Bukan buat kerja susah. Buat bangunan untung sikit. Kerja ni untung banyak," galak si kontraktor bercerita.

"Kerja apa? Adjust la untuk aku sekali," terliur juga kawannya tu.

"Buat dobi je," selamba si kontraktor menjawab.

"Engkau ada kedai dobi ke? Mahal mesinnya tu," tanya si kawannya tu.

"Tak payah kedai. Kita ambik baju, kain tu semua dan hantar ke kedai dobi mana-mana yang ada. Bukan susah," jawab si kontraktor.

"Hah?! Habis tu, macam mana untungnya?" kawannya kehairanan.

"Untung memang banyak. Kerja pun senang. Uniform atas kertas, RM5 sepasang. Kita hantar kedai kena RM3 je. Untung RM2. Beratus-ratus helai darab dengan RM2, dah berapa? Tu belum masuk cadar, selimut, sarung bantal, macam-macam lagi. Memang loaded," si kontraktor bercerita megah akan kontraknya itu.

"Cuci, kedai dobi yang buat. Gosok, lipat pun kedai dobi yang buat. Kita cuma ambik dari kem tu dan hantar ke kedai dobi. Lepas siap, bawa dari kedai dobi dan hantar ke kem. Senang, kan?" tambah si kontraktor sambil tersengih bangga. Si kawannya terlopong dan terliur dengan cerita itu. Rasanya kawan kontraktor tu pun nak juga buat kontrak macam tu.

"Macam mana nak dapat? Ada orang dalam?" kawannya bertanya.

"Ehh, mestilah. Kalau tak ada orang dalam, macam mana nak dapat. Pegawai tu adjust semuanya. Yang penting kita hantar borang tender je," si kontraktor menjelaskan.

"Aku pun nak juga. Kau tolong beritahu aku kalau ada buka tender," kawannya dah makin terliur nampaknya.

"Kontrak dobi ni la yang paling mudah. Tak payah habis duit nak buka kedai, beli mesin basuh, sabun, apa semua lagi. Hantar je ke dobi kat luar tu, habis cerita," kontraktor dan kawannya ketawa semakin kuat, seronok.

"Jangan lupa aku, tau. Kalau ada kontrak, bagi la kat aku sikit. Tolong la kawan-kawan sikit," kawannya membodek.

"Ok, nanti aku bagitau kau. Kalau kita kenal menteri lagi senang. Mudah-mudah je boleh dapat. Kawan aku yang sorang tu baik dengan bini menteri, selalu dapat kontrak PLKN ni," terlalu seronok bercerita hinggakan si kontraktor tu mula pecah lubang. Aku cuma pasang telinga.

Jom kontrak dobi dengan PLKN

Cerita seterusnya adalah berkisar kepada kisah beberapa orang yang rapat dengan bini menteri yang dapat bermacam-macam kontrak berkaitan PLKN tanpa perlu bersusah payah letak tender. Tiada pula kisah orang-orang yang dapat kontrak tu memberikan imbuhan kepada bini menteri tetapi jika imbuhan kepada pegawai yang tolong dapatkan kontrak tu, memang ada.

Entah berapa banyak sebenarnya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat penyelewengan seperti ini. Benda yang harga RM1 dibuatnya jadi RM3. Jika semua kem PLKN seluruh negara ada kes macam ni, berjuta RM juga yang rugi di atas angin.

Aku berharap kerajaan kita dapat atasi perkara macam ni. Walau melibatkan sesiapapun, tindakan perlu diambil. Jangan biarkan hidup kita diselubungi kerugian...

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Followers

Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia

Islam Teras Perjuangan

Islam Teras Perjuangan

  ©Template by Dicas Blogger.